Terma-terma & Syarat-syarat aeonretail.com.my/eshopping/

aeonretail.com.my/eshopping/ dimiliki dan dioperasi oleh AEON CO. (M) BHD. (126926-H) (sebelum ini dikenali sebagai Jaya Jusco Store Bhd.), sebuah syarikat berdaftar di Malaysia yang beralamat di Ibu pejabat, 3rd Floor, Jaya Jusco Taman Maluri Shopping Centre, Jalan Jejaka, Taman Maluri,Cheras, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia (selepas ini dikenali sebagai "AEON").

Sila baca terma-terma dan syarat-syarat bagi kegunaan aeonretail.com.my/eshopping/ dengan teliti sebelum menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di laman web ini (selepas ini dirujuk sebagai perjanjian). Terma-terma dan syarat-syarat ini mengawal penggunanan laman web aeonretail.com.my/eshopping/ (laman web) hubungan anda dengan AEON. Sila baca semua terma dan syarat dengan teliti kerana mereka akan mempengaruhi hak dan kewajipan anda di bawah undang-undang. Pengunaan laman web ini menunjukan anda telah bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat ini. Sekiranya, anda tidak bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat ini, anda dikehendaki berhenti melayari atau mempergunakan laman web ini. Untuk menikmati perkhidmatan yang dibekalkan di laman web ini, anda perlu mendaftar sebagai pengguna yang sah laman web ini.

1. PENGGUNAAN PERKHIDMATAN

1.1 Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat, anda dibenarkan melayari dan memuat turun laman web untuk kegunaan persendirian sahaja. AEON berhak untuk meminda, mengantung atau menamatkan perkhidmatan yang diberi oleh laman web ini pada bila-bila masa, termasuk tetapi tidak terhad kepada ketersediaan sebarang maklumat, pengkalan data atau kandungan-kandungan laman web ini (selepas ini dikenali sebagai perkhidmatan) tanpa memberi sebarang notis terdahulu dan liabiliti. AEON berhak mengenakan pembatasan di atas maklumat-maklumat tertentu dan perkhidmatan atau menghadkan akses anda pada sebahagian atau semua perkhidmatan tanpa memberi sebarang notis terdahulu atau liabiliti.

1.2 Anda akan bertanggungjawab bagi memperolehi and menyengara sebarang peralatan atau perkhidmatan-perkhidmatan sampingan yang di perlukan untuk menghubungkan atau bagi mengakses atau menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada semua modem, perkakasan, perisian, dan perkhidmatan panggilan jauh mahupun tempatan.

2. PINDAAN

2.1 AEON berhak untuk membuat sebarang pindaan atau pengubahsuaian kepada terma-terma dan syarat-syarat atau mana-mana terma-terma dan syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terdahulu kepada anda.

2.2 Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pindaan atau pengubahsuaian terma-terma dan syarat-syarat, anda dikehendaki berhenti melayari atau menggunakan laman web ini. Sekiranya, anda terus melayari atau menggunakan laman web ini selepas tarikh pindaan, penguatkuasaan pindaan atau pengubahsuaian syarat-syarat tersebut, anda akan terikat dengan peindaan atau pengubahsuaian terma-terma dan syarat-syarat tersebut.

3. KANDUNGAN LAMAN WEB

3.1 Semua material yang dipamerkan atau dipersembarkan di dalam laman web ini adalah hak milik atau di bawah kawalan AEON dan ia akan dilindungi di bawah undang-undang hak cipta dan undang-undang mengenai harta intelek yang lain.Anda tidak boleh menjual, mengubah, menyalin, mengedar, menghantar semula, menyiarkan, mempamerkan, menerbitkan, melesenkan, memindah, menjual atau menguruskan apa-apa dari laman web ini bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada AEON.

3.2 AEON berhak untuk mengubahsuai atau memindahkan mana-mana bahagian kandungan atau semua material laman web ini atau mengeluarkan maklumat-maklumat dari situ, pada bila-bila masa bagi sebarang sebab tanpa memberi sebarang notis terdahulu dan liabiliti.

4. PENDAFTARAN

4.1 Anda harus berusia 18 tahun ke atas untuk mendaftar diri di laman web ini.

4.2 Anda harus memastikan semua butiran yang dinyatakan oleh anda semasa atau sebelum pendaftaran, adalah tepat, betul and lengkap.

4.3 Anda harus memaklumkan kepada kami dengan segera bagi sebarang perubahan mengenai butiran yang dinyatakan oleh anda dengan mengemaskini butiran peribadi anda yang telah dikemaskinikan sekiranya terdapat perubahan.

5. KATA KUNCI DAN KESELAMATAN

5.1 Ketika anda mendaftar untuk menggunakan laman web ini, anda dikehendaki mereka sebuah kata kunci. Anda harus menyimpan kata kunci secara sulit dan tidak harus mendedahkan atau memaklumkan atau berkongsi kata kunci dengan pihak lain. Anda akan bertanggungjawab bagi semua aktiviti, tempahan dan transaksi yang berlaku atau diserahkan dengan menggunakan kata kunci anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pengetahuan atau mengesyaki orang lain menyalah gunakan kata kunci anda, anda harus memaklumkan kepada kami dengan menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan kami (sila rujuk di bawah untuk maklumat lanjutan) dengan segera.

5.2 Sekiranya AEON mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa kemungkinan terdapat kemungkiran terhadap keselamatan dengan menyalah-gunakan laman web ini, AEON berhak menukar kata kunci atau mengantung akaun anda mengikut budi bicara AEON. Namun demikian tertakhluk kepada klausa 10.6.

6. KOD KELAKUAN PENGGUNA

6.1 Anda tidak harus menggunakan laman web ini untuk sebarang tujuan berikut:-

  • menyebarkan sebarang material yang menyalahi undang-undang, menggangu, mengandungi libel, mengandungi kata-kata kesat, mengugut, merbahaya, kasar, lucah, atau yang menjelikkan;
  • menghantar material yang menggalakkan kelakuan yang merupakan kesalahan jenayah atau mengakibatkan liabiliti sivil, atau memungkiri mana-mana undang-undang, peraturan atau tatatertib amalan yang relevan;
  • mendapatkan akses yang tidak dibenarkan ke system komputer lain yang akan menjejaskan penggunaan atau penikmatan lamn web ini;
  • memungkiri mana-mana undang-undang yang melibatkan penggunaan rangkaian telekomunikasi awam;
  • menganggu atau menimbulkan gangguan rangkaian atau laman-laman web yang menghubungkan laman web ini; dan
  • membuat, menghantar atau menyimpan salinan elektronik material-material yang dilindungi oleh hak cipta tanpa kebenaran AEON pemiliknya secara bertulis.

6.2 AEON mempunyai hak muktamad untuk mengeluarkan sebarang material yang telah dimuatkan di dalam laman web ini tanpa sebarang notis terdahulu.

7. DASAR PRIVASI AEON

7.1 Sebarang data dan informasi mengenai pendaftaran yang diserahkan oleh anda akan tertakluk kepada dasar privasi kami. Untuk keterangan lanjut, sila layari dasar privasi kami yang diperuntukkan di bawah ini.

8. PAMPASAN

8.1 Anda akan menanggung segala kerugian kami terhadap semua kerugian, liabiliti, tuntutan ganti rugi, kos dan perbelanjaan yang dialami atau ditanggung oleh kami dan semua bayaran penyelesaian yang dibayar oleh kami sebagai penyelesaian yang dipersetujui oleh kami yang timbul atau berhubung dengan:

  • sebarang tuntutan oleh pihak ketiga mengenai penggunaan laman web oleh anda yang bersifat fitnah, menyinggung perasaan, menghina, berunsur lucah, haram menyalahi sebarang undang-undang atau memungkiri sebarang undang-undang, peraturan atau kod amalan yang berkaitan;
  • sebarang tuntutan oleh pihak ketiga mengenai penggunaan laman web oleh anda, mencabul sebarang hak cipta atau hak harta intelek dalam apa jua sifat pihak ketiga;
  • sebarang denda atau hukuman yang dikenakan oleh sebarang pihak berkuasa perundangan, pengiklanan atau badan perniagaan atau pihak berkuasa lain yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini oleh anda; dan
  • Memungkiri sebarang Terma-terma dan Syarat-syarat yang terkandung di sini.

9. PAUTAN

9.1 Perkhidmatan-perkhidmatan ini mungkin memberi, atau pihak ketiga mungkin, menghubungkan laman web ini ke laman web World Wide Web atau sumber-sumber lain. Sehubungan itu, AEON tidak mempunyai kawalan terhadap laman-laman web dan sumber-sumber ini sekiranya anda bersetuju menghubungkan ke sebarang laman-laman web yang lain. Anda akan menanggung risiko sendiri dan AEON tidak akan bertanggungjawab and tidak memberi jaminan tentang perihal diperoleh bagi laman-laman web luaran atau sumber-sumber lain dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, dalam apa jua sifat dan bentuk, terdapat di laman-laman web tersebut atau sumber-sumbernya.

10. HAD TANGGUNGJAWAB

10.1 Laman web dan sebarang perisian yang dibekalkan adalah berdasarkan prinsip ”„apa yang ada adalah apa yang anda perhatikan”¦, tanpa sebarang jaminan apa jua bentuk, baik secara nyata atau tidak nyata, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan tidak nyata bagi kualiti produk tersebut, kesesuaian bagi sesuatu kegunaan atau tanpa sebarang pencabulan.

10.2 AEON tidak akan menerima liabiliti bagi sebarang virus atau kehilangan maklumat yang menjejaskan akses ke atau kegunaan laman web ini.

10.3 AEON tidak akan menerima liabiliti bagi sebarang kekurangan laman web ini sekiranya berbanding dengan laman-laman web, perkhidmatan-perkhidmatan, perisian dan peralatan yang lain.

10.4 AEON tidak akan menerima liabiliti bagi sebarang kelewatan atau kegagalan yang mungkin dialami oleh anda dalam memulakan, melakukan atau menamatkan sebarang penyiaran atau transaksi yang berkaitan dengan laman web ini atau perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan termasuk sebarang kelewatan dalam penghantaran bagi produk-produk yang dibeli melalui laman web ini.

10.5 AEON tidak akan menerima liabiliti bagi sebarang kegunaan laman web ini termasuk tetapi tidak terhad kepada kegunaan laman web secara terus, sampingan atau berhubung dengan kerugian yang dialami atau ganti rugi sama ada timbul dari sebarang kerugian keuntungan, kerugian modal disebabkan gangguan perniagaan, kehilangan program atau dalam hal lain yang timbul.

10.6 AEON tidak akan menerima liabiliti bagi sebarang pengubahsuaian, penangguhan atau penamatan laman web ini, nama domain atau semua perkhidmatan.

10.7 AEON tidak akan menerima liabiliti bagi sebarang maklumat yang diberi dalam bentuk lisan atau secara bertulis atau nasihat yang diberi oleh AEON atau pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja atau wakil-wakil AEON tidak akan menerima liability sekiranya anda bergantung kepada maklumat atau nasihat yang diberi.

10.8 AEON tidak akan menerima liabiliti bagi ketersediaan bagi perkhidmatan-perkhidmatan atau produk-produk yang dijual, mahupun menerima sebarang liabiliti bahawa harga semua produk akan sentiasa kekal pada harga yang sama sepanjang masa.

11. PERISTIWA KEDUA-DUANYA DI LUAR JANGKAAN AND KAWALAN SECARA AMNYA

11.1 Mana-mana pihak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau berhak untuk menamatkan perjanjian ini atas sebarang kelewatan atau kemungkiran dalam melaksanakan sebarang terma-terma dan syarat-syarat kelewatan atau kemungkiran disebabkan oleh syarat-syarat di luar kawalan termasuk, tetapi tidak terhad kepada kehendak Tuhan, arahan-arahan atau larangan-larangan kerajaan (termasuk pernafian atau pembatalan eksport atau lesen yang diperlukan), peperangan, pemberontakkan dan/ atau sebarang alasan di luar kawalan munasabah pihak yang terlibat dalam perlaksanaan terma-terma dan syarat-syarat perjanjian ini.

11.2 Mana-mana pihak akan bertanggungjawab bagi sebarang kegagalan atau kelewatan dalam pelaksanaan di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat (selain daripada kelewatan bayaran yang mesti dibayar di bawah perjanjian ini) setakat kegagalan atau kelewatan yang disebabkan oleh alasan-alasan di luar kawalan munasabah mana-mana pihak dan berlaku tanpa kesilapan atau kecuaian, termasuk tetapi tidak terha kepada kegagalan pembekal-pembekal, subkontraktor, dan penghantar, atau pihak-pihak dikehendaki untuk memenuhi kebanyakan tanggungjawabnya di bawah perjanjian ini, dengan syarat, sebagai satu syarat untuk mendakwa tiada liabiliti, pihak yang mengalami kemusykilan harus memberi notis secara bertulis kepada pihak yang lain dengan segera, bersama-sama dengan semua butiran penuh kejadian tersebut dengan alasan-alasan sokongan sebagai sandaran. Tarikh-tarikh pelaksanaan, jadual-jadual tanggungjawab akan dipenuhi dan dipanjangkan untuk masa yang hilang disebabkan oleh sebarang kelewatan.

12. HARTA INTELEK

12.1 Semua kandungan di laman web ini dalam apa jua, bentuk ciri atau cara ciptaan atau rekaan adalah hak milik AEON dan akan dilindungi oleh undang-undang hak cipta, cap perdagangan, ia harta intelek, mahupun seperti yang ditetapkan oleh Akta-Akta Parlimen atau adat resam dan juga keputusan mahkamah yang lepas. Anda boleh mengembalikan dan mempamerkan semua kandungan laman web ini di skrin komputer, menyimpan kandungan secara elektronik dalam bentuk cakera (tetapi bukan sebarang server atau peralatan penyimpanan yang menghubungkan laman web ini ke sebuah rangkaian) atau mencetak satu salinan mengenai kandungan ini untuk kegunaan persendirian sahaja, bukan bagi kegunaan komersil, kecuali anda mematuhi semua dan notis-notis tentang hak milik hak ciptaan. Selain daripada itu, anda tidak boleh menghasilkan semula, mengubah-suai, menyalin atau mengedar atau menggunakan material bagi tujuan komersil sebarang material atau kandungan laman web ini tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada AEON dan AEON tidak akan bertanggungjawab sebarang liabiliti yang mungkin timbul dari situ. Tiada lesen akan diberi kepada anda melalui penggunaan dengan Terma-terma dan Syarat-syarat untuk sebarang kegunaan tanda perdagangan di laman web ini termasuk tetapi terhad pada, tanda perdagangan AEON, laman web dan J kad AEON atau harta intelek AEON yang lain.

13. UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN

13.1 Terma-terma dan syarat-syarat akan dikawal dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian akan diselesaikan di Mahkamah Malaysia.

14. PENGGUNAAN ANTARABANGSA

14.1 AEON tidak berjanji bahawa segala material di laman web ini adalah sesuai atau disediakan untuk digunakan di luar Malaysia, dan bahawa mempunyai akses laman web ini daripada kawasan di mana kandungannya menyalahi undang-undang atau salah adalah dilarang. Sekiranya anda memilih untuk mengakses laman web ini di luar Malaysia, anda boleh berbuat demikian menurut inisiatif anda sendiri tetapi anda harus bertanggungjawab ke atas pematuhan undang-undang tempatan kawasan tersebut.

15. TARIKH LUPUT BAGI PEMBAYARAN KAD

15.1 Anda harus memastikan tarikh luput kad anda akan tamat selepas jangkaan tarikh penghantaran tempahan anda. Bayaran akan ditolak pada masa penghantaran bagi barangan dan sekiranya bayaran kad telah tamat, AEON tidak akan menerima bayaran dan untuk memenuhi tempahan anda.

16. KEPELBAGAIAN

16.1 Anda tidak dibenarkan untuk menyerah hak, melesenkan atau memindahkan mana-mana hak anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Sekiranya sebarang peruntukan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini didapati tidak sah, ketidaksahan peruntukan tersebut tidak akan menjejaskan kesahihan peruntukan selainya Terma-terma dan Syarat-syarat ini, yang akan kekal berkuat kuasa dan berkesan dengan sepenuhnya.

16.2 Sekiranya anda memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat ini, tanpa mengira sama ada AEON mengabaikan yang sama, AEON tetap berhak untuk menguatkuasakan haknya dan memulihkannya pada bila-bila masa yang akan datang atau dalam sebarang situasi di mana anda memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat tersebut.

16.3 AEON tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemungkiran Terma-terma dan Syarat-syarat ini yang disebabkan oleh keadan di luar kawalannya.

16.4 AEON dan anda bersetuju bahawa Terma-terma dan Syarat-syarat bagi penjualan dan pembelian ini dalam bentuk elektronik diterima sebagai dokumen bertulis dan oleh itu, anda mengaku-janji tidak akan mempertikaikan atau mencabar kesahihan atau penguatkuasaan bagi Terma-terma dan Syarat-syarat penjualan dan pembelian ini atas alasan bahawa diterima sebagai bukan sebuah dokumen bertulis dan AEON Co. (M) Bhd. dan anda dengan ini bersetuju untuk mengetepikan sebarang hak anda yang mungkin timbul di bawah undang-undang. Seterusnya, anda dan AEON bersetuju untuk mengakui Terma-terma dan Syarat-syarat penjualan dan pembelian ini dalam bentuk elektronik sebagai dokumen asal, dan tidak akan mencabar pengakuan terima bagi Terma-terma dan Syarat-syarat penjualan dan pembelian, sekiranya bersesuaian.


eShopping Home


     

     

   

     Daftar Sekarang!
     Terlupa Kata Laluan

Hamper: 0 Hamper


View my order list
    Talian: +603 9207 2202
9.00 a.m - 6.00 p.m
(Isnin - Sabtu)
    emel:
   eShopping@aeonretail.com.my

Contact Us

Read the FAQs here



AEON Main Site AEON Main Site Welcome to AEON eShopping